(( ROY.GULTOM ))
Kisah rasul-rasul 2:22-36
''Saudara-saudara orang Israel! Dengarlah kata-kata saya ini: Yesus
orang Nasaret itu sudah diberikan tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan
kepada saudara semua dengan mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh
Allah melalui Dia. Saudara-saudara mengetahui hal itu, kerana semua
peristiwa itu berlaku di kalangan saudara. Sesuai dengan rancangan-Nya
sendiri, Allah sudah menentukan bahawa
Yesus akan diserahkan kepada saudara-saudara. Saudara semua membunuh Dia
ketika menyebabkan orang berdosa menyalibkan Dia. Tetapi Allah sudah
membangkitkan Dia daripada kematian. Allah membebaskan Dia daripada
derita kematian, kerana tidak mungkin Dia dikuasai terus oleh kematian.
Daud pernah berkata tentang Yesus, `Aku sentiasa melihat Engkau Tuhan di
hadapanku; Engkau mendampingi aku, sehingga tiada apa pun dapat
menyusahkan aku. Oleh itu aku bersukacita dan bergembira ketika
berkata-kata; walaupun aku hanya manusia, tetapi aku tetap berharap
kepada-Mu, kerana Engkau tidak akan meninggalkan aku di dunia orang
mati. Engkau tidak akan membiarkan tubuh hamba-Mu yang setia itu hancur.
Engkau sudah menunjukkan jalan yang menuju ke hidup sejati, dan aku
bersukacita kerana Engkau menyertai aku.' Saudara-saudara, saya harus
berkata dengan jelas tentang nenek moyang kita Daud. Dia sudah meninggal
dan dikuburkan, dan kuburnya masih ada antara kita sehingga sekarang.
Allah bersumpah bahawa Dia akan melantik salah seorang keturunan Daud
menjadi raja, seperti Daud sendiri. Daud tahu akan janji Allah itu,
kerana Daud pun seorang nabi. Daud mengetahui apa yang akan dilakukan
oleh Allah. Oleh itu Daud bernubuat tentang kebangkitan Penyelamat yang
diutus oleh Allah. Daud berkata, `Dia tidak akan ditinggalkan di dunia
orang mati; tubuh-Nya tidak akan hancur di kubur.' Yesus inilah yang
dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Kami semua sudah menyaksikan
hal itu. Allah mengangkat Yesus ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan
Allah, dan Yesus menerima Roh Allah yang sudah dijanjikan oleh Bapa.
Apa yang kamu lihat dan dengar sekarang ini adalah Roh itu yang sudah
dicurahkan oleh Yesus ke atas kami. Daud sendiri tidak naik ke syurga,
tetapi dia berkata, `Tuhan berfirman kepada Tuhanku: Duduklah di sebelah
kanan-Ku, sehingga Aku menaklukkan musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.' Oleh itu
semua orang Israel harus tahu bahawa Yesus yang saudara-saudara
salibkan itu, ialah Dia yang sudah diangkat oleh Allah menjadi Tuhan dan
Penyelamat!''
SELAMAT PAGI

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
KATA_BIJAK_ALKITAP_I_LOVE_JESUS